SEISMIK

Wanita Tunggang Motosikal 300KM Setiap Minggu Ke KL Jual Sayur Kampung Demi Sara Anak-Anak

Wanita hebat.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang wanita menempuh perjalanan hampir 300 kilometer (km) dengan menunggang motosikal lebih empat jam ke Kuala Lumpur semata-mata mahu berniaga sayuran kampung segar sejak pertengahan tahun lalu

Menerusi laporan Sinar Harian, Siti Norol Salwani Ismail, 29, dari Changkat Jering, di sini memulakan perniagaan menjual sayuran kampung di ibu negara demi menyara seorang anaknya berusia 10 tahun ketika bergelar ibu tunggal.

Dia sebelum ini pernah bekerja sebagai penghantar makanan menunggang motosikal setiap hari Sabtu ke Bandar Sri Permaisuri, Cheras untuk menjual petai, pucuk paku, pucuk ubi, bayam brazil, nangka muda, durian belanda, jering dan ulam-ulaman.

Menurutnya, idea 'gila' berniaga sayur kampung di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, terlintas secara tiba-tiba selepas terbeli pucuk paku tua dan sayuran lain dengan harga mahal dan tidak segar ketika berada di sana tahun lalu.

Selain itu, perancangan awal menjual sayur dan ulam-ulaman bermula pada Julai tahun lalu kerana merasakan ia akan mendapat permintaan tinggi.

"Selepas kejadian itu, terlintas di fikiran untuk cuba berkongsi dengan menjual hasil tanaman kampung segar dengan orang Kuala Lumpur memandangkan ia mudah di peroleh di Bukit Gantang dan Changkat Jering.

"Saya teruskan perancangan berpindah ke Bukit Gantang dan berulang-alik setiap Sabtu untuk menjual sayur. Sayur-sayur ini dikutip sendiri dan beli daripada penduduk," katanya.

Tidak sangka jualan sayur-sayuran itu sangat laris

Tambahnya lagi, jualan sayur-sayur kampung sangat laris dan dia memperoleh keuntungan sekitar RM300 sehari.

"Harga yang saya jual bermula RM2 hingga RM10 sahaja, tak banyak beza jika dibandingkan dengan jualan di Changkat Jering.

"Tidak kekok sebenarnya menunggang motosikal kerana hampir 10 tahun tinggal di Kuala Lumpur. Empat bulan berulang-alik dari Changkat Jering ke Kuala Lumpur.

"Hampir setiap minggu saya akan berulang alik dari Changkat Jering ke Kuala Lumpur dengan sebuah motosikal Honda FI 125 hanya untuk berniaga sayur kampung.

"Sepanjang berniaga, ada yang menasihatkan untuk jual di kampung sahaja, tak berbaloi kerana jarak jauh dan sebagainya tetapi saya 'enjoy' berniaga sambil menyara kehidupan bersama anak," katanya lagi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

You may be interested in: