SEISMIK

Video Saloma Berbahasa Melayu Baku Buat Netizen Teruja – "Orang Singapura Cakap Macam Ni"

Tak ada slang english.

Cover ImageCover image via @sweett0901 (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Saloma merupakan seorang penyanyi terkenal pada zaman 50-an

Baru-baru ini, tular sebuah video arwah Saloma ditemu bual oleh wartawan tentang rutin hariannya bersama suami, P. Ramlee. 

Menerusi video berkenaan, penyanyi itu dilihat sedang menceritakan suaminya yang suka makan ikan kering. Selain itu, dia juga berkongsi bagaimana suaminya mendapat ilham skrip filem. 

Bahasa Melayu yang digunakan pada ketika itu sangat baku dan tiada pun pengaruh daripada bahasa lain. Perkara itu membuatkan netizen teruja dengan bahasa Melayu yang lama. 

"Dia kalau nak bikin lagu, dia tak kira masa, dia kalau siang malam pagi petang, kadang-kadang dekat bilik mandi itu kan, dia duduk berjam-jam, dia duduk fikir-fikir, sampai saya pun tangguh,  nak tanya apa, tapi mula-mula dulu saya pelik. Baru-baru kahwin tak reti lah, tapi dah lama-lama rupanya dia karang lagulah buat skrip lah," katanya.

"Orang Melayu Singapore masih lagi menggunakan "bikin". Classic sungguh" – Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 717.6K views, 2K reposts dan 7K likes di X, netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut merupakan antara komen daripada netizen di X:

Lihat video penuh itu di bawah:

Sekarang jarang jumpa orang cakap macam ni.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: