SEISMIK

Parents Bawa Anak Ke Muzium Penjara, Tak Sangka Ada 'Ubat Mustajab' Hentikan Ketagih Gajet

Jadi takut semua budak dekat situ.

Cover ImageCover image via @zatyqaderr (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan lawatan ibu bapa dan anak-anak ke muzium penjara Melaka

Di muzium itu, akan ada pertugas yang membawa pelawat untuk berjalan di kawasan tersebut. Bukan itu saja, petugas akan memberikan pencerahan tentang bagaimana denda sebatan dilakukan di penjara kepada orang awam. 

Susulan itu, tular sebuah video yang menunjukkan budak-budak di situ ketakutan apabila dimarahi oleh seorang petugas. 

Petugas yang dikenali sebagai Tuan Nizar memberikan pendedahan sebatan rotan kepada pelawat yang datang. Namun, dapat dilihat dia cuba menasihati budak-budak di situ yang ketagih dengan gajet akan menerima denda yang sama. 

Perkara itu membuatkan ramai budak di situ ketakutan dan berjanji bahawa mereka tidak akan bermain gajet terus-terusan lagi. Ibu bapa yang berada di sana turut gelak menyaksikan anak-anak mereka ketakutan. Bagi mereka, biarlah mereka dapat pengajaran daripada Tuan Nizar. 

"Aku macam nak bawak mak aku je mari sini lah, ni mak aku layan handphone sampai gelak mengekek-ngekek time malam-malam" – Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 3M tontonan, 154K tanda suka dan 5K komen di TikTok, netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut merupakan antara komen netizen di TikTok:

Lihat video penuh itu di bawah:

@zatyqaderr

Terima kasih Tuan hari yg spatutnya dia happy nak melawat penjara menjadi hari yg pahit utk di telan sbb yg last tu kena tegur dgn tuan now anak saya still minta phone tapi dia tgk dalam keadaan takut2 bila kita minta phone semula dia cpt2 kasi #muziumpenjaramelaka #fypviral

original sound – Zatyqad.shop – Zatyqad.shop

Haa, lepas ni ramai lah nak lawat muzium penjara ni!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: