"Minda Masih Kelas Ke-3" – KL Dipenuhi Sampah-Sarap Dibiarkan Pengunjung Malam Tahun Baru
Tahun lain, perangai yang sama.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Setiap kali tiba malam tahun baru, orang ramai pasti akan mengambil peluang berkumpul di Kuala Lumpur untuk menyambut tahun baru bukan?
Malangnya, walaupun sudah memasuki tahun baru, perangai segelintir masyarakat masih lagi berada di kelas ketiga.
Persekitaran di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur dilihat dipenuhi sampah yang dibiarkan dan dibuang merata-rata oleh pengunjung semasa menyambut tahun baru di situ.
Menerusi hantaran yang dikongsi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Facebook, kekecewaan diluahkan terhadap sekumpulan individu yang sesuka hati membiarkan sampah merata-rata.
Image via Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
DBKL memberi penegasan tugas menjaga persekitaran bukan sahaja terletak pada yang berautoriti malah pengunjung juga bertanggungjawab menjaganya
Tambah DBKL, pihak mereka bukannya meminta orang ramai untuk membersihkan satu bandar tetapi untuk bersihkan sampah sendiri daripada dibiarkan merata-rata.
"Namun permulaan bagi Kuala Lumpur pada tahun ini seperti biasa dicemari dengan sikap sesetengah warga kota yang masih mempunyai sikap dan cara berfikir di takuk lama.
"Membuang sampah sesuka hati dengan anggapan 'pandai-pandailah DBKL bersihkan nanti'. Peliknya, kita masih nak bandingkan Kuala Lumpur dengan bandar-bandar di negara yang lain dari segi keindahannya?
"Bukannya minta anda tolong bersihkan kawasan, cukup sebagai permulaan, masing-masing urus sampah sendiri, jangan buang merata dan kalau perlu, bawa plastik sampah sendiri" tulisnya.
Lihat gambar-gambar lain di bawah:
Image via Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (Facebook)
Image via Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (Facebook)
Image via Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (Facebook)
Image via Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (Facebook)
Kalau tak jumpa tong sampah pun apa salahnya bawa balik sampah tu buang dekat rumah :/
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik