Kereta 'Double-Parked' Ini Halang Kenderaan Wanita Dalam Kecemasan Untuk Ke Hospital
Dah menyusahkan orang.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang wanita terpaksa menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke hospital disebabkan kenderaannya dihalang sebuah kereta yang 'double-parked'
Menerusi hantaran yang dikongsi @alepdepay di TikTok, wanita itu dilihat dalam keadaan gusar bermundar-mandir menunggu pemilik kenderaan yang menghalang keretanya.
Namun, individu tidak bertanggungjawab tersebut tidak memunculkan diri walaupun wanita berkenaan sudah berkali-kali membuat panggilan telefon tetapi tidak berjawab.
Wanita terbabit kemudiannya meninggalkan nota menunjukkan rasa kecewanya terhadap perkara itu.
Menerusi kapsyen yang ditulis pada hantaran tersebut, dia akhirnya terpaksa menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke hospital kerana ada berlakunya kecemasan.
Image via @alepdepay (TikTok)
Image via @alepdepay (TikTok)
"Panggil je DBKL suruh tow" – Netizen
Susulan tularnya hantaran tersebut di TikTok, ia telah meraih sehingga 1.5M views, 44.1K likes dan 560 comments.
Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap hantaran berkenaan.
Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @alepdepay (TikTok)
Image via @alepdepay (TikTok)
Image via @alepdepay (TikTok)
Kesian akak tu, harap dipermudahkan urusannya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik