SEISMIK

Bekas Kru Kabin Warga Malaysia Tuntut Ganti Rugi & Saman Singapore Airlines RM5.9 Juta

Kesiannya.

Cover ImageCover image via The straits times & The print

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang bekas kru kabin Singapore Airlines (SIA) telah menuntut ganti rugi lebih S$1.7 juta (RM5.9 juta) daripada syarikat itu selepas mendakwa dia tergelincir pada tompokan gris dan terjatuh ketika berada dalam satu daripada pesawat milik SIA itu

Menerusi laporan The Straits Times, Durairaj Santiran, 36, ketika kejadian sedang bertugas sebagai pramugara di atas pesawat A350 dalam penerbangan kira-kira 17 jam dari San Francisco ke Singapura yang dijadualkan mendarat di Singapura pada petang 6 September 2019.

Dia mendakwa bekas majikannya cuai kerana membenarkan tempat kerja menjadi kawasan tidak selamat.

Dia ternampak tompokan gris pada lantai dapur kelas ekonomi semasa penerbangan berkenaan.

Kira-kira dua jam setengah jam sebelum mendarat, dia tergelincir pada tampalan gris dan jatuh terlentang, kepalanya terhantuk di atas lantai.

Image via The print

Akibat insiden itu, Durairaj mengalami kecederaan pada tulang belakang

Oleh sebab itu, Durairaj tidak layak untuk terus bekerja sebagai pramugara penerbangan jika mengikut dari segi perubatan.

Berikut adalah tuntutan yang dibuat oleh Durairaj terhadap SIA; SGD1.29 juta (kira-kira RM4.6 juta) untuk kehilangan pendapatan masa depan, SGD30,000 (kira-kira RM106,174) untuk kehilangan kapasiti pendapatan, serta SGD150,000 (kira-kira RM531,070) untuk perbelanjaan perubatan serta pengangkutan masa depan.

Dalam kesnya, syarikat penerbangan nasional itu gagal menyediakan sistem kerja dan tempat yang selamat untuk bekerja serta gagal menangani dengan secukupnya kehadiran tompokan gris, sekali gus menyebabkan kawasan itu menjadi tidak selamat.

Menurut laporan itu lagi,Durairaj bekerja sebagai kru kabin di SIA dari April 2016 hingga April 2021. Difahamkan, kini dia sedang bekerja sebagai penganalisis penjagaan pelanggan di Malaysia.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: