[VIDEO] Lelaki Ini Raih Pujian Ramai Berani Tampil Tegur Rakyat Singapura Isi Minyak RON95
Difahamkan, pasangan tersebut juga 'claim' diri mereka adalah warganegara Malaysia.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Umum mengetahui, penjualan petrol RON95 sudah disubsidikan khas buat rakyat serta kenderaan yang didaftarkan di Malaysia dan warga asing atau kereta berdaftar dari luar negara tidak dibenarkan untuk mengguna dan membelinya
Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial yang memaparkan sebuah kenderaan dengan nombor pendaftaran Singapura telah bertindak mengisi minyak kuning atau RON95.
Menerusi video tersebut, seorang pemandu lelaki telah menurunkan tingkap keretanya sebelum memberikan teguran kepada seorang lelaki yang didakwa sebagai warga Singapura, yang sedang membeli minyak RON95 untuk kenderaannya.
"Bro nombor pendaftaran awak dari mana? Awak rakyat Singapura bukan?" soalnya kepada lelaki berkenaan dalam bahasa Inggeris.
Namun, lelaki itu seolah tidak memahaminya.
Image via @Malaysia24x (X)
Kereta berpendaftaran Singapura tak boleh isi dengan nozel berwarna kuning
Kemudian, pemandu itu bertanya kepada lelaki itu jika dia dari Singapura dan memberitahunya bahawa kenderaannya tidak boleh diisi dengan nozel berwarna kuning yang merupakan RON95, kerana bahan bakar itu hanya untuk rakyat Malaysia.
Wanita itu kemudian menjelaskan bahawa dia adalah warga Malaysia, tetapi pemandu itu menunjukkan nombor pendaftaran kenderaan yang menunjukkan bahawa ia adalah dari Singapura.
Setelah mendengar penjelasan pemandu itu, mereka kelihatan enggan untuk melayani. Namun, setelah ditekan, lelaki tersebut mengaku tidak mengetahui dan meminta maaf.
"Ini salah, awak letak sekarang. Letak balik nozel, ini negara saya. Awak tak boleh buat begitu kepada negara saya.
"Nombor pendataran awak adalah Singapura, bagaimana awak boleh isi minyak kuning ia bersubsidi," katanya lagi.
Lihat video penuh itu di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik