"Memang Tak Nak Berurusan Dengan Orang India" – Wanita Tak Puas Hati Ejen Hartanah Racist
Difahamkan, wanita itu telah diblock dalam WhatsApp.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Mencari bilik atau rumah sewa sememangnya susah dan tak mudah
Kita bukan saja mencari rumah yang sesuai dengan bajet, malah kita juga mengambil kira tentang persekitaran, fasiliti dan pengurusan ejen yang mudah.
Baru-baru ini, tular sebuah posting di laman X tentang seorang wanita berdepan dengan ejen hartanah yang racists semasa pencarian rumah sewa telah mencuri tumpuan ramai.
"Ini memang tidak boleh diterima. Saya menghubungi seorang ejen hartanah, responsnya baik pada awalnya, namun setelah mendapatkan nama dan bangsa saya, dia menjadi kasar.
"Apabila saya tanya kenapa, dia memberitahu yang dia memang tak nak berurusan dengan orang India dan Punjabi", tulisnya.
Ejen hartanah itu juga block nombor wanita berkenaan selepas itu.
Image via @kalvinderks_ (X)
Image via @kalvinderks_ (X)
Image via @kalvinderks_ (X)
"Kena siasat ni, orang mcm ni tak patut jadi agent" – Netizen
Susulan tularnya posting itu yang kini meraih sehingga 1.2M views, 4K reposts dan 5K likes di laman X, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut merupakan antara komen netizen di X:
Image via @kalvinderks_ (X)
Image via @kalvinderks_ (X)
Image via @kalvinderks_ (X)
Lihat posting itu di bawah:
Tak sangka pula ada kes macam ni.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik