Wanita Kecil Hati Keluarga Suami Alu-Alukan Kedatangan Ex-Girlfriend Ke Majlis Nikah
Siap suruh bergambar sama-sama!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Majlis pernikahan sudah tentu merupakan hari yang penting buat pasangan pengantin
Iyalah, hari yang meraikan betapa bahagianya pengantin telah menjalinkan ikatan yang sah. Namun, ada juga kisah-kisah sedih yang dialami oleh pengantin.
Baru-baru ini, tular luahan hati seorang wanita di laman X apabila hatinya berkecai melihat bekas kekasih suaminya datang ke majlis pernikahan.
Apa yang lebih mengecewakan adalah apabila keluarga belah suaminya sangat mengalu-alukan kedatangan bekas kekasihnya itu. Adik-adik suaminya teruja dan siap memegang tangan perempuan itu kerana ingin ajak bergambar.
"Masa dah sah tu nak gambar dengan family belah husband i. You tau tak adik-adik dia tarik tangan nak girl tu bergambar dengan family dia sekali. And okay lah girl tu tak nak. I happy lah. Tapi lepas habis tu. Adik dia cakap kat girl tu "akak gambar lah sekali dengan abang dengan ibu ayah" i pun okay lah. Terpaksa senyum" tulisnya.
Image via Butik Pengantin Setia (FB)
"Patutnya engkau yang ada dalam gambar ni" – Ayah husband
Lebih tak disangka lagi adalah apabila ayah mentuanya sendiri mengeluarkan kata-kata yang mengguris hati anak menantu.
"Hati i hancur gila sumpah. Ye i tau girl tu memang kesayangan ramai even pak cik mak cik dia. And parents dia siap bagitau i jangan pisahkan family husband i dengan perempuan tu. Dia bukan sekadar menantu tak jadi tapi dah anggap macam anak" tulisnya.
Lihat posting itu di bawah:
Kesiannya, semoga akak dipermudahkan urusan!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik