Wajarkah Tukar Agama Hanya Sebab Nak Kahwin Semata-Mata?
Hmm hati manusia ini memang boleh berbolak-balik.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Perkahwinan merupakan detik yang paling bermakna buat pasangan di luar sana
Selepas sekian lama bersama, akhirnya dapat juga diraikan dalam satu majlis dengan dihadiri ramai tetamu.
Tidak kisahlah, apa latar belakang orang itu, bila sudah ditakdirkan pasti akan bersama jua betul tak?
Tetapi, sebagai umat Islam adalah perlu kita melihat agamanya terlebih dahulu sebelum berkahwin.
Kesal tukar agama selepas berkahwin
Baru-baru ini, seorang individu meluahkan rasa kesalnya kerana bertukar agama selepas saja berkahwin.
Menurutnya, dia adalah seorang mualaf dan mendakwa merasa kesal atau perbuatannya itu. Malah, dia meminta pandangan orang tentang persepsi ini dan kerana mendakwa ramai juga melalui perkara sama.
Lihat posting itu di bawah:
"Sebab tu jangan masuk Islam sebab nak kahwin" – Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan pandangan mereka mengenai isu tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 146 retweets, 852 likes dan 43 comments di laman X.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di laman X:
Image via X
Image via X
Image via X
Ustaz ini beri penjelasan selepas banyak yang bertanyakan isu tersebut
Malah, seorang ustaz juga pernah memberi penerangan mengenai isu ini dalam sebuah video. Menurutnya, soal masuk Islam kerana perkahwinan ini adalah berkaitan dengan niat seseorang.
"Sekarang ini kita susah nak melihat niat seseorang tu, apakah dia ikhlas kerana Allah ke ataupun dia berkahwin kerana kita.
"Kalau dia berkahwin kerana kita sebenarnya tak berapa baguslah sebab masuk Islam tu bukan kerana kita," ujarnya.
Lihat video penuh penjelasan itu di bawah:
Sebab itu keputusan tukar agama ini kena betul-betul ikhlas dari hati 🙂
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik