[VIDEO] Wanita Kongsi Mata Jadi Buta Akibat Suka Tenyeh – "Lama-Lama Makin Nampak Gelap"
Bahayanya, kena gosok perlahan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Setiap orang pastinya mempunyai perbezaan masing-masing
Kita tidak boleh menyamakan kehidupan kita dengan orang kerana semuanya sudah ditentukan oleh Tuhan. Malah, kita perlu bersyukur kerana masih diberi peluang.
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang wanita yang berkongsi cerita mengenai dirinya
Image via @ilakamilah97 (TikTok)
Dakwa dulu suka gosok-gosok mata
Menerusi video tersebut, kelihatan wanita itu merupakan orang kelainan upaya (OKU) kerana mengalami buta.
Namun, dia menceritakan kehidupannya daripada kecil bagaimana dia boleh buta. Menurutnya, dia memang sudah buta sejak lahir. Tetapi, pada umur satu lebih keluarganya ada bercerita yang mereka pernah mencuba dengan meletakkan barang didepannya dan dia boleh mengambil barang tersebut.
Malah, keluarganya juga sempat mengajar dia mengecam warna dan warna kesukaannya adalah unggu.
"Dalam umur saya lima ke enam tahun saya makin lama makin tak nampak makin gelap sebab dulu saya suka main dekat luar, macam kanak-kanak lain walaupun saya tak nampak.
"Bila kita main dekat luar ni habuk-habuk jadi berterbangan dekat mata so dia akan jadi gatal, itu yang saya tenyeh-tenyeh mata dah jadi tak nampak. Jadi makin lama makin gelap sebab mereka kata selaput dah tutup biji mata," katanya.
"Semua takut nak tenyeh mata lepas ni" – Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas mendengarnya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 488.8K views, 21.5K likes dan 313 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @ilakamilah97 (TikTok)
Image via @ilakamilah97 (TikTok)
Image via @ilakamilah97 (TikTok)
Lihat video itu di bawah:
Takut juga dengar cerita dia, takut pula tiba-tiba nak pegang mata :')
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik