[VIDEO] Ustaz Rawat Pesakit Gaya Boxing, Komen Netizen Pula Undang Tawa Ramai
Haritu senapang mainan, yang ini boxing pula.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Apabila seseorang itu disyaki menerima gangguan ataupun terkena sihir, sudah pasti orang yang lebih pakar menjadi pilihan untuk ditemui
Namun begitu, kadang-kadang rawatan diberikan kepada pesakit dilihat sedikit aneh dan ada kalanya membuatkan orang yang melihatnya hilang keseriusan.
Tular baru-baru ini sebuah video di TikTok seorang wanita sedang menerima rawatan oleh seorang ustaz dengan satu kaedah yang unik.
Ustaz tersebut dilihat membuat gaya tinju seakan-akan sedang melawan 'jin' yang ada di dalam wanita berkenaan.
Image via @dhomirruqyah (TikTok)
"Kenapa orang belakang tu gelak" – Netizen
Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ia telah meraih sehingga 617.7K views, 28.9K likes dan 2.8K shares.
Menerusi tinjauan di bahagian komen, netizen memberikan pelbagai komen kreatif yang membuatkan ramai terhibur.
Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @dhomirruqyah (TikTok)
Image via @dhomirruqyah (TikTok)
Image via @dhomirruqyah (TikTok)
Lihat video tersebut di bawah:
Harap ustaz ni boleh collab dengan Jojo Ghazali satu hari nanti 🙂
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik