[VIDEO] UAI Jelaskan Hukum Tidur Dengan Patung Seperti Teddy Bear – "Haram"
Check balik rumah lepas ni.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tidak dinafikan, kita sering kali lihat ibu bapa membelikan anak patung untuk anak-anak perempuan mereka
Namun, tahukah anda Ustaz Azhar Idrus baru-baru ini menjelaskan hukum anak perempuan tidur dengan anak patung seperti teddy bear.
"Untuk perempuan yang dah baligh main anak patung, hukumnya haram. Anak patung di rumah hanya dihalalkan untuk budak yang belum baligh," katanya.
Jika anak patung itu bertujuan untuk dijadikan sebagai mainan untuk kanak-kanak perempuan belum baligh, ia dibolehkan. Selepas main anak patung tersebut, boleh letak bawah atau letak dalam bakul.
Ustaz Azhar Idrus juga menegaskan bahawa anak patung mainan tidak boleh disusun rapi dan diletakkan di almari sebagai perhiasan. Hukumnya adalah haram. Hal ini kerana malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah.
Image via Utusan TV
Lihat video penuh itu di bawah:
Check balik dekat rumah ya, takut malaikat tak masuk nanti!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik