SEISMIK

[VIDEO] Tempat Solat Wakaf Tengah Lautan Ini Buat Ramai Insaf – "Tiada Alasan Tak Solat"

Semoga dapat memberi manfaat kepada semua orang.

Cover ImageCover image via @zulihsan24434 (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum mengetahui, masjid dan surau awam dibina untuk kemudahan umat Islam untuk mendirikan solat

Namun, siapa sangka di tengah-tengah lautan terdapat sebuah tempat ibadah kecil yang dibina untuk memudahkan para nelayan menunaikan solat semasa mencari rezeki.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok, memaparkan sebuah rumah kayu kecil di tengah lautan.

Menerusi video tersebut, rumah kayu itu masih berdiri kukuh meskipun kelihatan agak usang.

Jadi tempat solat yang diwakafkan untuk orang luar datang singgah solat

Apabila pemilik video mendekati pondok usang tersebut, dia melihat sebuah papan tanda yang menyatakan 'wakaf singgah solat, anda dijemput singgah solat di sini'.

Selepas itu, lelaki tersebut menganggap rumah kayu tersebut sebagai sebuah surau yang didirikan oleh seseorang untuk memudahkan orang lain solat.

Bagaimanapun, lelaki itu tidak memberikan maklumat yang terperinci tentang surau tersebut dan lokasinya.

Lihat video penuh itu di bawah:

@zulihsan24434 "Barangsiapa membangun masjid kerana Allah sebesar sarang burung atau lebih kecil, Maka Allah akan bangunkan baginya rumah di syurga." (Sunan Ibn Majah) #rumahallah #masjidsurau #kewajipansolat #jangantinggalsolat #alhamdulillah suono originale – Ale

Mulia betul hati individu yang bina masjid ni 🙂

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: