[VIDEO] Tak Perasan Anak Tertinggal Di R&R, Nasib Baik Ada Warga Asing Tolong Jagakan
Nasib baik anaknya turun bawa phone.
Tidak dinafikan, perjalanan jauh sememangnya memenatkan sehingga memerlukan kita untuk berhenti berehat di R&R
Di tempat itulah kita boleh berehat, makan atau singgah ke tandas. Namun, baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan ibu ayah terlupa salah seorang anaknya tertinggal di R&R Pagoh.
Difahamkan mereka sekeluarga berhenti seketika untuk berehat, namun sebaik saja ayahnya meneruskan perjalanan. Ibunya mendapat panggilan daripada anaknya yang dia tertinggal di R&R.
Ibunya lalu menoleh ke belakang untuk mengenal pasti kehilangan anaknya itu. Abang yang duduk di belakang juga tidak perasan kerana tidur sepanjang jalan.
Mereka terpaksa pusing balik ke R&R Pagoh untuk mengambil anaknya. Mujur, ada 3 orang pekerja Bangladesh yang menemani dan menjaga anaknya.
Image via @shahilashah (TikTok)
"Teringat dulu arwah ayah aku dengan kakak aku pernah tertinggal mak dekat stesen minyak" – Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 888K tontonan, 17K tanda suka dan 449 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut merupakan komen netizen di TikTok:
Image via @shahilashah (TikTok)
Image via @shahilashah (TikTok)
Image via @shahilashah (TikTok)
Lihat video penuh itu di bawah:
Nasib baik tiada jadi apa-apa dan semuanya ok.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik