SEISMIK

[VIDEO] "Sesal Ibu & Abi" – Wanita Ini Dakwa Anaknya Jadi Mangsa Dera Oleh Guru Tadika

Tiada sifat penyayang dan berperikemanusiaan langsung.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sesetengah ibu bapa yang bekerja tiada pilihan selain menghantar anak-anak ke pusat jagaan atau asuhan sepanjang ketiadaan mereka

Namun, mimpi ngeri setiap ibu bapa jika anak-anak didera oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, terutamanya oleh individu yang bekerja di pusat jagaan atau asuhan, seperti guru tadika.

Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial, seorang ibu yang dikenali sebagai Akma mendakwa anaknya menjadi mangsa dera di sebuah tadika di cawangan Semenyih.

Menurutnya, dia telah menghantar anaknya yang juga merupakan seorang kanak-kanak istimewa di tadika berkenaan sejak tahun lepas.

Anak sering meragam dan rosakkan dinding hanya alasan

Akma berkata dia telah menerima satu panggilan pada 31 Januari lalu yang memaklumkan anaknya yang dikenali sebagai N, tidak mampu lagi dijaga oleh pihak tadika kerana sering meragam dan telah 'merosakkan dinding'.

Namun begitu, dia kemudiannya mendapat tahu bahawa anaknya diminta keluar kerana menjadi salah seorang mangsa dera. Dia berpendapat alasan yang digunakan tadika hanyalah bertujuan untuk menutup isu tersebut.

"Rupanya N jelas dikeluarkan sebab dia salah seorang mangsa dera. Cepat-cepat nak tutup cerita nampaknya. Ingatkan sebab cikgu kegemaran dah kena tukar jadi punca N meragam, rupanya cikgu yang disangka kegemaran itu saka ya," katanya.

Akma berkata, situasi anaknya yang masih belum bercakap seolah-olah memberi peluang kepada guru tadika untuk memukulnya. Dia walau bagaimanapun tidak mengetahui sejak bila kejadian tersebut terjadi.

Rupa-rupanya terdapat mangsa lain juga yang didera

Malah, bukan N sahaja yang didera tetapi ramai lagi termasuk kanak-kanak yang lebih kecil daripada anaknya yang turut menjadi mangsa. Dia juga mendakwa anaknya dikasari di kepala dan dikurung di dalam bilik air sehingga menangis.

"Pihak taska nampaknya jadikan CCTV sebagai marketing value je nak tarik ibu bapa. Tak pernah dipantau agaknya sehingga boleh ada cikgu gila dalam taska selama berbulan-bulan,"
katanya lagi.

Tambahnya lagi, cara guru itu memukul anaknya tidak meninggalkan sebarang kesan pada tubuh badannya.

Selain mendakwa didera secara fizikal, Akma juga mempersoalkan tentang rutin pemakanan anaknya ketika di tadika berkenaan. Katanya, N kelihatan seolah-olah kebuluran apabila setiap kali pulang ke rumah.

Cara mandikan bayi tak sesuai dan berbahaya

Akma turut berkongsi beberapa klip video yang menunjukkan seorang guru dipercayai berkelakuan kasar terhadap anaknya dan kanak-kanak lain.

Dalam satu video, dia mendakwa seorang guru cuba meningkatkan suhu di termometer supaya ibu bapa akan mengambil bayi tersebut untuk dibawa balik. Dia juga kelihatan mengendalikan bayi berkenaan dengan cara yang kasar.

Menerusi satu lagi video pula, dia mempersoalkan cara seorang guru memandikan bayi.

Lihat posting itu di bawah:

Allahu, sanggup ya buat macam tu dekat budak-budak 🙁

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: