SEISMIK

[VIDEO] Sering Ganggu Staf Wanita Ketika Bekerja Jadi Punca Warga Asing Ini Dibelasah

Difahamkan, kejadian berlaku berdekatan premis makanan segera popular di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Cover ImageCover image via @malaysiaviralll (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular baru-baru ini video warga asing dibelasah para pekerja sebuah restoran makanan segera dipercayai disebabkan staf wanita mereka sering diganggu warga asing tersebut

Perkara itu dapat diketahui susulan tularnya video berkenaan di platform aplikasi X dan mendapat respon ramai netizen.

Salah satunya adalah daripada seorang wanita yang mendedahkan bahawa warga asing tersebut sering mengganggu staf-staf wanita di restoran makanan segera terbabit sehingga terdapat dakwaan lelaki itu juga ada mengugut rakan wanita berkenaan kerana tidak melayannya.

Image via @nisarosdan (X)

Lima individu telah ditahan termasuk warga asing yang terlibat dalam pergaduhan tersebut

Susulan itu, pihak polis telah memulakan siasatan dan telah menahan lima individu yang terlibat dalam pergaduhan yang berlaku itu.

Menerusi sebuah hantaran di laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebuah kenyataan telah diberikan memberitahu punca kejadian berlaku.

"Pihak polis mengesahkan menahan empat warga tempatan dan seorang warga asing kerana terbabit dalam pergaduhan di hadapan sebuah restoran makanan segera di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 5 Februari 2024.

"Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca akibat tindakan lelaki warga asing terbabit dikatakan menganggu seorang wanita yang juga pengurus restoran berkenaan.

"Kesemua suspek telah ditahan reman dan kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan," tulis PDRM.

Lihat video tersebut di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: