[VIDEO] Reaksi Warga Korea Makan Masakan Lelaki Malaysia Ini Raih Perhatian Ramai
Siap makan sambal petai tau.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pasti kita akan merindui makanan yang berada di tanah air ketika berada di luar negara bukan?
Jadi, ramai yang berada di perantauan kebiasaannya akan memasak sendiri jika teringin kerana berada di negara orang ia sukar untuk didapati.
Tular sebuah video baru-baru ini di media sosial, seorang pemuda memberi rakan sekerja yang merupakan warga Korea Selatan untuk mencuba masakan Malaysia yang disediakannya sendiri, iaitu udang masak lemak cili api.
Menerusi video tersebut memaparkan pemuda itu terlebih dahulu terlihat membeli beberapa bahan mentah seperti udang, ayam, serai, dan sayur-sayuran untuk hidangan udang tersebut.
Kemudian, pemuda itu membungkus hidangan tersebut untuk disajikan kepada rakan sekerjanya.
Image via @fikriakram9 (TikTok)
Tambahan lagi, pemuda itu turut membawa ayam goreng dan juga beberapa jenis sambal seperti sambal hijau bilis petai, sambal merah ikan talang masin dari Malaysia.
Apa yang menarik apabila mereka turut memuji makanan yang dimasak oleh pemuda itu sangat sedap.
"Makan Udang masak lemak dgn ayam goreng Guna tangan. Fuhhh, baru paduuu. Today, no chopsticks, no fork and no spoon. Hidup Melayuu!" tulisnya di ruangan kapsyen.
Image via @fikriakram9 (TikTok)
"Wah diaorang makan sambal petai eh, bagusnya." – Netizen
Susulan tularnya video itu, kini ia telah meraih sehingga 2.5M tontonan, 211.8K tanda suka dan 4.5K komen di TikTok.
Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap video berkenaan.
Berikut merupakan antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @fikriakram91 (TikTok)
Image via @fikriakram91 (TikTok)
Image via @fikriakram91 (TikTok)
Lihat video penuh itu di bawah:
Baru oppa Korea tahu yang makanan Malaysia ni sedap 😀
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik