SEISMIK

[VIDEO] Ramai Terkejut Dengar Pemberian Mas Kahwin Lelaki Ini Pada Isteri – "Rare Betul"

Bukan biasa-biasa mas kahwin dia.

Cover ImageCover image via @emcee.amerdeen (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Mas kahwin atau mahar ialah pemberian yang wajib diberikan oleh lelaki kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya

Isteri berhak untuk mendapat mas kahwin ini dan suami ataupun keluarga tidak boleh mengambil sedikit pun bahagian daripada mas kahwin berkenaan melainkan sekiranya dibenarkan isteri.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan pemberian mas kahwin seorang lelaki yang menjadi tumpuan ramai.

Beri mas kahwin sebuah kereta Mercedes

Menerusi video tersebut, kelihatan lelaki berkenaan yang juga merupakan suami kepada influencer Elcah, ternyata mendapat tumpuan selepas menyebutkan mas kahwin yang berupa sebuah kereta mewah Mercedes CLA 45S berwarna putih.

Dianggarkan, kereta tersebut mencecah lebih daripada RM527,888.

"Bestnya kaya boleh buat benda rare" – Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut mengucapkan tahniah dan memberikan pelbagai reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.3M views, 88.4K likes dan 778 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Lihat video itu di bawah:

@emcee.amerdeen Memang rare Tuan Afi! Tahniah Elcah! Terima kasih percayakan saya untuk acarakan majlis korang. Nak Merc gak satu boleh? #EmceeAmerDeen #QualityIsMySignature #emceemalaysia #emceeofmalaysia #momenkahwin original sound – Emcee Amer Deen | Momen Kahwin

Dengar cerita ini perkahwinan Elcah yang ketiga. Kereta terus ya suami dia bagi. Memang rezeki! 🙂

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

You may be interested in: