[VIDEO] Influencer Korea Ini Akui Durian Malaysia Sebenarnya Lagi Sedap Daripada Thailand
Macam mana agaknya rasa durian Thailand.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Durian atau turut digelar sebagai raja buah amat digemari ramai khususnya bagi penduduk asia seperti Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia, China serta banyak lagi
Bagi mereka yang meminati buah ini, pastinya ingin mencubanya apabila berkunjung ke negara lain contohnya seperti Thailand.
Baru-baru ini, tular sebuah video yang dikongsikan oleh influencer, Tara Choi yang berasal dari Korea Selatan tidak melepaskan peluang untuk mencuba durian semasa melancong di Thailand.
Walau bagaimanapun, Tara berpendapat buah durian dari Malaysia lebih sedap berbanding Thailand.
Menerusi video tersebut, awalnya dia telah berkunjung ke sebuah kedai buah ketika berada di Thailand untuk membeli durian dan melihat dengan sendiri bagaimana ia dikupas.
Meskipun pelik dengan cara buah itu dikupas namun ia tidak mematahkan semangat Tara untuk tetap mencubanya. Sebaik sampai di hotel dia kemudian segera membuka plastik bungkusan buah tersebut.
"Sekarang balik hotel, jom cuba," katanya.
Image via @tara_choi_ (TikTok)
Bau durian Thailand tidak kuat, rasa juga kurang enak berbanding yang Malaysia
Sebelum mula menjamah, Tara terlebih dahulu membaunya dan merasakan buah tersebut tidak berbau kuat.
Malah, tekstur isi durian itu juga dilihat lebih kering berbanding buah durian di negara ini. Dia juga menyatakan terdapat pihak yang memaklumkan durian di negara itu tidak sedap.
"Jadi ia membuatkan saya nak rasa, jemput makan." Tara kemudian memasukkan buah tersebut ke dalam mulut dan sebaik merasainya dia mula memahami mengapa terdapat pihak mengatakan ia kurang enak.
"Hmm faham, faham. Tak sedap. Durian ini tak betul lah. Thai durian 'so' lemah. Bau, rasa dan warna juga kurang walau saiznya besar.
"Saiz sahaja besar tapi rasa tak ada, durian Malaysia lebih sedap," katanya lagi.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tertanya-tanya juga selama ni rasa buah durian Thailand macam mana 🙂
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik