[VIDEO] Ibu Ayah Buat Kejutan Beri Laptop, Reaksi Anak Nangis Teresak-Esak Jadi Perhatian
Suka betul anak dia.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Ibu bapa pasti mahu memberikan yang terbaik untuk hidup anak-anak mereka
Tambahan lagi, jika anda sudah berjaya mencapai sesuatu yang membanggakan dalam pelajaran betul tak? Beri hadiah ini macam tanda bangga anda pada mereka.
Sama seperti video di TikTok ini apabila seorang wanita merakam reaksi anaknya selepas mendapat hadiah daripadanya.
Image via @farhanimsamsudin (TikTok)
Menangis teresak-esak dan ucap terima kasih
Menerusi video tersebut, kelihatan wanita berkenaan merakam momen semasa dua orang anaknya sedang membuka hadiah pemberian daripadanya dan suami.
Difahamkan, ia kerana pencapaian mereka yang membanggakan di sekolah. Oleh itu wanita tersebut dan suami telah membuat keputusan untuk membelikan hadiah istimewa buat anak-anak.
Namun, apa yang lebih mengharukan adalah apabila si anak lelaki dilihat terkejut dan terus menangis selepas melihat hadiah tersebut. Dia juga berulang kali mengucapkan terima kasih kepada ibu dan ayahnya atas pemberian hadiah berkenaan.
"Adik yang dapat hadiah, akak kat sini pula yang menangis" – Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka dan turut terharu melihat video itu.
Ketika artikel in ditulis, video berkenaan telah meraih 827.5K views, 35.2K likes dan 1,747 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @farhanimsamsudin (TikTok)
Image via @farhanimsamsudin (TikTok)
Image via @farhanimsamsudin (TikTok)
Image via @farhanimsamsudin (TikTok)
Lihat video itu di bawah:
Teruskan bangga mak dan ayah awak dik! 😀
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik