SEISMIK

[VIDEO] Cikgu Ajar Subjek Sejarah Guna Cara Bermain 'Game' Assassin's Creed Di Dalam Kelas

Confirm tak ada yang tidur.

Cover ImageCover image via @mrmahathey (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang guru tular apabila bermain permainan video Assassin's Creed di dalam kelas untuk mengajar subjek sejarah

Menjadi guru pasti ada cabarannya tersendiri seperti mencari cara yang boleh memastikan pelajar dapat fokus di dalam kelas.

Itulah yang dapat dilihat menerusi sebuah video yang tular di TikTok memaparkan seorang guru sejarah menggunakan permainan video Assassin's Creed Odyssey untuk mengajar subjek sejarah di dalam kelasnya.

Siri permainan video Assassin's Creed merupakan siri permainan video yang terkenal dengan latar belakang penggunaan momen-momen dan tokoh-tokoh sebenar yang ada dalam sejarah.

Kesempatan itu digunakan guru tersebut untuk menggunakan permainan video berkenaan sebagai strategi yang unik untuk mengajar anak-anak muridnya tentang sejarah.

"If I was taught like this I would've loved history a whole lot more" – Netizen

Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ia telah meraih sehingga 914.2K views, 90.7K likes dan 2.4K shares.

Menerusi tinjauan di bahagian komen, rata-rata reaksi diberikan netizen memuji strategi guru berkenaan.

Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di TikTok:

Lihat video tersebut di bawah:

Power cikgu ni, manfaatkan bahan yang ada!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: