SEISMIK

Ustazah Kongsi Doa Kuatkan Alat Kelamin Lelaki Di Acara Anjuran Neelofa – "Ini Kan Ilmu"

Difahamkan, doa tersebut diambil di dalam kitab Raudhatu al Muhibbin, Karya Ibnu Qayyim al Jauziah.

Cover ImageCover image via @ajipmrby (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial yang memaparkan seorang ustazah berkongsi doa untuk lelaki menguatkan alat kelamin mereka di hadapan para wanita di sebuah majlis yang dianjurkan oleh pelakon dan usahawan, Neelofa

Menerusi perkongsian video di platform X, Norhafizah mengajar wanita yang hadir mengenai doa untuk meningkatkan kekuatan dan ketahanan alat kelamin suami untuk kebahagiaan rumah tangga.

Norhafizah turut menggalakkan wanita yang hadir untuk merakam video supaya dapat diajar kepada suami.

"Rekod jelah, tapi nanti nak ajar suami ye," katanya.

Ada yang berpendapat positif dan ada yang negatif

Ternyata perkongsian video tersebut telah meraih perhatian warganet. Menjengah ke ruangan komen, terdapat segelintir yang meluahkan rasa kurang senang apabila pendakwah tersebut berkongsi doa itu kepada wanita.

Namun, ramai juga yang bependapat perkongsian doa oleh Norhafizah tersebut tidak menjadi kesalahan sebaliknya satu ilmu baharu untuk dipelajari.

"Apa salahnya doa je bukan ajar main sihir pun" – Netizen

Susulan tularnya video itu, kini ia telah meraih sehingga 659.8K tontonan, 1.8K tanda suka dan 53 komen di platform X.

Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap video berkenaan.

Berikut merupakan antara komen daripada netizen di platform X:



Image via The_Mamu (X)

Image via The_Mamu (X)

Image via The_Mamu (X)

Lihat video penuh itu di bawah:

Jika berkaitan dengan doa, tiada yang salah atau betul. Semua tu kan ilmu 🙂

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: