SEISMIK

Tular Gelagat Nenek Selamba Tumpang Orang Tak Kenal Nak Balik Rumah – "Girls Day Out!"

Amboi tok wan, pandai!

Cover ImageCover image via @najimjimjim (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tak semua orang mahir memandu kenderaan untuk bergerak ke tempat lain

Ada juga disebabkan faktor usia kerana bila dah berumur, seseorang itu akan kurang cekap untuk memandu. Oleh sebab itu, mereka disarankan untuk menggunakan perkhidmatan e-hailing. 

Namun baru-baru ini, tular video yang memaparkan dua orang warga emas selamba menumpang kenderaan lelaki tak dikenali telah mencuri tumpuan. 

Difahamkan dua orang Tok Wan itu ingin pulang ke rumah dari tempat mereka, namun tiada pula kenderaan e-hailing yang boleh mereka naiki. 

Sebab itu, mereka memberanikan diri untuk menumpang remaja lelaki itu. Setelah tibanya mereka di destinasi dikehendaki, Tok Wan yang duduk di depan dilihat menghulurkan duit kepada lelaki itu namun ditolak. 

"Ko buh air, ko buh minyak motokar ni" katanya. 

Akhirnya, lelaki itu terima juga duit Tok Wan setelah beberapa kali ditolak. Lelaki itu juga sempat bergurau senda mahu menghantar Tok Wan balik ke tempat tadi jika berkeras memberikan duit minyak. 

"Orang tua-tua dulu memang cenggitu, sebab mereka pernah rasa lagi susah dari zaman kita sekarang ni" – Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 351K tontonan, 40K tanda suka dan 633 komen di TikTok, netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut merupakan komen netizen di TikTok:

Comel je Tok Wan dengan bestie pergi jalan-jalan!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: