Tuan Rumah Nyaris Dihempap Pagar, Isi Tembok Rumah Pecah & Dipenuhi Sampah
Buat kerja biar ikhlas.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, tular sebuah posting di platform X, memaparkan pagar rumah baharu yang jatuh pecah dipercayai berlaku di sebuah taman perumahan terletak di Kluang, Johor
Difahamkan, tembok yang pecah itu telah membuatkan pagar besi rumah berkenaan hampir menghempap tuan rumah dan pastinya hal ini amat membahayakan.
Apa yang lebih membuatkan orang ramai marah adalah posting itu menunjukkan keadaan tembok yang pecah tersebut berlubang dan di dalamnya dipenuhi dengan sampah sarap.
Hantaran tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen mengkritik cara buruh binaan yang membuat rumah terbabit.
"Kepada pemaju seluruh Malaysia,kalau nak untung lebih janganlah buat spt ini.Niaya pembeli. Tuan rumah nyaris dihempap pagar tu. Tiang pagar di isi sampah sarap je! Ya ni di Kluang, Johor. Taman Putrimas," tulis pemilik akaun berkenaan.
Image via sidchan (X)
"Rumah mahal mahal tapi kualiti reban ayam. Eh, reban pun lagi baik la. " – Netizen
Susulan tularnya video itu, kini ia telah meraih sehingga 563.9K tontonan, 5.5 tanda suka dan 111 komen di platform X.
Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap video berkenaan.
Berikut merupakan antara komen daripada netizen di platform X:
Image via sidchan (X)
Image via sidchan (X)
Image via sidchan (X)
Lihat posting itu di bawah:
Macam ni ke yang dikatakan pemaju untung atas angin?
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik