Trend Rakam Aksi Cium Kaabah Jadi Viral Di TikTok – "Seolah Tak Hormat Tempat Suci"
Demi secebis konten.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
TikTok merupakan platform yang menjadi kegilaan ramai pada hari ini
Tidak kira bagi golongan muda mahupun tua. Banyak konten kita boleh lihat dikongsikan. Sudah tentu, ada konten yang menjadi trend dan diikuti ramai orang.
Namun, bukan semua konten kita boleh ikuti. Jika ia memudaratkan, lebih baik jangan. Bukan saja mencemarkan imej kita malah boleh mencemarkan imej agama kita.
Baru-baru ini, tular apabila trend rakam aksi mencium Kaabah yang semakin diikuti di media sosial.
Image via Facebook
Rakam transition diri sendiri cium dinding biasa kepada mencium Kaabah
Menerusi satu posting di Facebook, seorang individu meluahkan rasa kecewanya terhadap trend yang semakin menjadi ikutan ramai itu.
Menurutnya, trend itu seolah-olah seperti tidak menghormati tempat suci tersebut. Malah, ia juga mencemarkan imej sebagai umat Islam.
"Aku hairanlah kan, macam mana depa ni boleh tergamak ek sibuk rakam ketika jemaah lain sedang berebut-rebut nak sentuh Ka'bah tu, bersilang tangan sehingga mengganggu jemaah lain semata nak ikut trend tiktok, ada tu siap rakam aksi menangis sebak lagi.
"Aku baca dekat komen tu ramai non muslim mempersoalkan aksi segelintir umat islam yang seolah tidak menghormati tempat suci sendiri," tulisnya.
"Pergi umrah bukan lagi special sekarang ni. Dah macam pergi bercuti" – Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberikan pelbagai pandangan mereka mengenai isu itu.
Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 1K likes, 37 comments dan 2.8K shares di Facebook.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Facebook:
Image via Facebook
Image via Facebook
Image via Facebook
Lihat posting itu di bawah:
Image via Facebook
Lebih baik fokus pada benda yang wajib masa dekat tanah suci 🙂
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik