"The Bako Sea Stack Is Gone" – Batu Tunggul Ikonik Taman Negara Bako Di Sarawak Runtuh
Negara hilang lagi sebuah khazanah alam semula jadi.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sebuah batu tunggul yang terkenal berada di perairan Taman Negara Bako disahkan telah runtuh
Menerusi laporan TV Sarawak, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah telah mengesahkan perkara berkenaan.
"Saya berasa amat sedih mendapat berita batu tunggul atau sea stack di Taman Negara Bako telah sampai ke hujung hayatnya dan jatuh ke laut," katanya.
Image via @jules12anne (X)
Telah menjadi tarikan pelancong dan menjadi lokasi wajib bergambar
Tambah Abdul Karim, batu tunggul itu merupakan antara tarikan di kawasan Taman Negara Bako dan menjadi lokasi wajib untuk pelancong merakam gambar.
Batu tunggul berkenaan merupakan timbunan batu laut yang unik serta merupakan antara salah satu khazanah geologi negara.
Difahamkan, pembentukan batu tunggul tersebut adalah kesan daripada pergerakan gelombang ombak laut selama beratus tahun.
Lihat video perkongsian orang awam menyedari hilangnya batu tunggul tersebut di bawah:
Tak sempat nak tengok depan mata :'(
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik