SEISMIK

[VIDEO] Kereta Lowered Habis Tapi Yakin Lepas Bonggol, Sudahnya Bumper Terbarai

Terlalu yakin pun susah juga.

Cover ImageCover image via AsyrafRosli_ (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sudah menjadi satu kebiasaan buat para pencinta automotif untuk memodifikasi kenderaan yang dimiliki agar kelihatan lain daripada yang lain

Namun, sesetengah individu tidak berfikir bahawa tidak semua modifikasi (yang berlebih-lebihan) akan menyenangkan mereka tetapi akan lebih menyusahkan.

Baru-baru ini, tular sebuah video, memaparkan sebuah Perodua Bezza 'lowered' cuba masuk kawasan parkir berbayar dipercayai untuk menyertai satu acara pameran kereta.

Selalunya apabila kereta lowered melalui kawasan berbonggol, pasti pemandu akan menyengetkan kereta bagi memudahkan sedikit kereta itu untuk melepasi bonggol.

Bagaimanapun, pemandu Bezza tersebut nampak begitu yakin dengan memandu lurus terus ke bonggol.

Akibat terlalu yakin, bahagian tengah kereta itu tersangkut di atas bonggol dan kenderaan itu tidak boleh untuk bergerak ke hadapan atau mengundur ke belakang.

Krew yang berhampiran segera membantu dengan menolak kereta ke belakang sambil pemandu mengundurkan kereta.

Selepas kereta melepasi bonggol, apa yang terjadi adalah bahagian bumper hadapan tercabut serta-merta. Ah pulak dah!

"Aku tabik dia punya confident. Tak ada slow langsung, menonong saja" – Netizen

Susulan tularnya video itu, kini ia telah meraih sehingga 653.3K tontonan, 2.5K tanda suka dan 214 komen di platform X.

Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap video berkenaan.

Berikut merupakan antara komen daripada netizen di platform X:

Lihat video penuh itu di bawah:

Brader ni punya confident memang tak dapat nak beli dekat mana-mana kedai.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: