Terkejut Lihat Hidangan Cheese Leleh, Komen Netizen Luar Negara Tak Rileks – "No Thanks"
Mereka tak biasa tengoklah tu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Malaysia dengan makanan viral memang tidak boleh dipisahkan
Kalau sesuatu makanan itu viral di sini, memang ia menjadi fenomena sehinggakan ada yang sanggup beratur panjang demi untuk mencubanya sendiri.
Antara yang masih dilihat dipasaran adalah dengan adanya tambahan cheese leleh. Malah, hidangan dengan tambahan cheese leleh ini boleh dilihat hampir di setiap makanan pula tu betul tak?
Namun, lain pula yang terjadi apabila netizen dari luar negara mencemuh makanan cheese leleh di Malaysia.
Image via X
Lihat ia makanan yang pelik, tertanya bagaimana orang boleh makan
Menerusi video tersebut, sebuah akaun di laman X berkongsi keadaan semasa seorang budak sedang melihat hidangan yang diletakkan cheese leleh di atasnya. Difahamkan, ia adalah sebuah kedai makan di Malaysia.
Namun, ramai. netizen luar negara tidak senang melihatnya dan mengkritik tentang hidangan cheese terbabit.
Sehinggakan ada yang terkejut ada kedai yang menyediakan hidangan sebegini rupa.
"What a waste of food" – Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen dari luar negara yang mengkritik cara penyediaan makanan tersebut.
Ada yang menyifatkan ia sesuatu yang 'jijik' dan satu pembaziran buat makanan. Malah, masih ada yang menyatakan ia kelihatan sedap.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.5M views, 810 repost dan 1K comments di laman X.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di laman X:
Image via X
Image via X
Image via X
Image via X
Image via X
Lihat video itu di bawah:
Boleh tahan mulut-mulut netizen luar negara ni ya 🙂
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik