Tengah Syok Mandi Sekali Panik Nampak Ular Dalam Laut – "Ini Ular Paling Bahaya Di Dunia"
Dia sempat elak tak?
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Ular merupakan haiwan yang ramai geruni kerana ia sangat berbahaya
Kebanyakan ular mempunyai bisa sehingga boleh mengakibatkan maut. Jadi, sebab itulah ramai yang panik bila lihat haiwan ini di depan mata.
Situasi itu sama seperti seorang lelaki ini yang merasa panik apabila terjumpa ular di dalam air semasa dia sedang syok berenang.
Image via @sakinah_vs_ondu95 (TikTok)
Terus beredar lepas nampak ular air
Menerusi video tersebut, kelihatan sekumpulan rakan sedang asyik berenang di sebuah pusat peranginan.
Namun, sedang asyik mereka berenang, salah seorangnya menjerit panik dan memberitahu dia terjumpa ular laut yang berdekatan dengannya.
Situasi itu membuatkan semua orang di situ beredar dan sempat naik ke atas. Mujur tiada seorang pun yang cedera. Kelihatan ular itu agak besar dan merisaukan mereka.
"Gila tak panik, ular kot. Bukan kucing yang datang" – Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi takut mereka mengenainya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 282.8K views, 9,978 likes dan 91 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @sakinah_vs_ondu95 (TikTok)
Image via @sakinah_vs_ondu95 (TikTok)
Image via @sakinah_vs_ondu95 (TikTok)
Image via @sakinah_vs_ondu95 (TikTok)
Lihat video itu di bawah:
Kalau min pun memang dah cabut wey!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik