"Tahniah, Selamat Bergraduasi Zayn Rayyan" – Ramai Sebak Ibu Zayn Rayyan Titip Ucapan
Al-Fatihah buat allahyarham Zayn Rayyan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Beberapa bulan selepas pemergian kanak-kanak Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Mattin yang disahkan meninggal pada Disember lalu, ibunya, Ismanira Abdul Manaf memuat naik hantaran sebak di laman Instagram peribadinya, hari ini
Mengimbau semula kenangan ketika di hari graduasi Allahyarham, Ismanira berkongsi rasa bangga atas pencapaian anaknya menerusi beberapa gambar dan video dimuat naik di laman Instagram miliknya.
Menerusi hantaran tersebut, Ismanira menitipkan ucapan tahniah buat arwah anak syurganya itu yang sepatutnya menyambut hari graduasi di sekolahnya, SK Damansara Damai (2), Petaling Jaya pada Khamis.
"Tahniah, selamat bergraduasi Zayn Rayyan, mommy bangga dengan setiap pencapaian Abang. Tak kira besar atau kecil mana pun pencapaian Abang, mommy tetap bangga," tulisnya.
Dia turut menitipkan ucapan terima kasih buat sekolah berkenaan yang menjemputnya bagi menghadiri majlis graduasi yang diadakan.
"Terima kasih kepada warga SK Damansara Damai (2) di atas jemputan ke Majlis Konvokesyen semalam, ia akan menjadi kenangan yang indah buat kami sekeluarga," tulisnya.
Apa yang lebih menyedihkan lagi apabila memaklumkan dirinya tidak dapat bergambar dengan arwah Zayn seperti ibu bapa lain.
"Mommy tak dapat nak bergambar bersama dengan Abang macam ibu bapa yang lain, mommy dapat edit macam ni saja," tulisnya lagi.
Image via izzmanaf (Instagram)
"Allahuakbar, Zayn bagi hadiah syurga untuk mummy daddy" – Netizen
Susulan tularnya posting itu, kini ia telah meraih sehingga 9.6K tanda suka dan 560 komen di Instagram.
Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap video berkenaan.
Berikut merupakan antara komen daripada netizen di Instagram:
Image via izzmanaf (Instagram)
Image via izzmanaf (Instagram)
Lihat posting di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!'
Image via SAYS Seismik