SEISMIK

Suami Tabah Jaga Isteri Sakit Hilang Ingatan & Penglihatan Akibat Otak Dijangkiti Kuman

Suami yang sebenar.

Cover ImageCover image via @asdinaarffin (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang suami mendapat perhatian ramai kerana tetap ada di sisi isteri yang sakit disebabkan jangkitan kuman pada otak

Menerusi laporan Harian Metro, Asdina Arffin, 32, setia menjaga dan menguruskan isteri tersayang, Noor Syamimi Rohim, 33, yang kini tidak mampu berjalan dan hilang daya penglihatan selepas jangkitan kuman pada otak sejak Jun 2022.

Menurutnya, Noor Syamimi sebelum ini seorang yang aktif dan jarang sakit, namun kehidupannya berubah sepenuhnya selepas dijangkiti kuman dan memerlukan bantuan untuk menguruskan diri setiap hari.

"Remuk hati apabila isteri tak ingat yang kami sudah berkahwin dan saya adalah suaminya, malah dia ingat kami masih berkawan tetapi itu bukan sebab untuk saya meninggalkannya dalam keadaan dirinya yang tidak berdaya.

"Isteri sudah menjalani dua pembedahan di kepala termasuk membuang cecair yang menyebabkan dia tak boleh berjalan tetapi tangannya boleh digerakkan dan ketika ini keadaan kesihatannya nampak ada perubahan.

"Cuma saya agak sedih dan terkilan kerana dia tak ingat saya sebagai suami tetapi dia tahu kami memang berkawan, nama penuh saya dan nama panggilan saya yang dia panggil iaitu 'shuben'.

"Apabila saya cakap kami sudah berkahwin, dia cakap belum lagi dan perasaan itu memang sedih terutama ketika mula-mula dia tak ingat saya sebagai suaminya. Ketika itu hati belum betul-betul reda menerima ujian ini," katanya.

Tetap setia menjaga isteri kerana tanggungjawabnya sebagai suami

Lelaki itu juga berkongsi dia mengumpul semangat untuk terus kuat menjaga isteri kerana begitu sayangkan isterinya di samping tanggungjawab lelaki itu sendiri sebagai suami.

"Saya bukan saja berjanji dengan isteri yang mahu sentiasa bersama di saat susah dan senang tetapi turut berjanji pada keluarganya dan Allah SWT saat akad nikah dilafazkan. Jadi saya akan cuba menjaganya dengan baik selagi ada daya.

"Lagipun ini ujian Allah beri kepada kami dan tiada siapa yang mahu sakit sama juga dengan isteri kalau diberi pilihan dia juga tidak mahu berada dalam keadaan seperti itu.

"Perkahwinan kami belum dikurniakan anak dan sekarang kami juga diuji dengan keadaan kesihatan isteri tetapi bagi saya perkahwinan ini bukan hanya berlandasan nafsu tetapi sebenarnya mencari keredaan Allah," katanya.

"Perkara yang paling saya takuti seandainya saya 'pergi' dulu sebelum dia yang masih belum sihat sebab itu saya doa kalau berlaku apa-apa kepada saya biarlah isteri sihat dulu.

"Ketika ini saya yang menguruskannya dan adik bantu jika ada kerja di luar. Kalau boleh selagi ada daya saya memang mahu menguruskan isteri,"
 tambahnya.

Lihat video perkongsian suami tersebut di bawah:

Semoga isteri abang ini diberi kesembuhan dan dapat ingat balik memori mereka sebagai suami isteri.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: