Suami Pening Lepas Isteri Persoal Kenapa Jarang Marah – "Marah Salah, Tak Marah Salah"
Itulah orang perempuan kan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Hubungan antara suami isteri sudah tentu ada pasang surutnya
Tipulah kalau tiada masalah langsung kan, mereka inilah peneman dan kawan kita bila berada di rumah. Kadang-kadang boleh 'masuk air' juga pasangan kita ini.
Malah, kaum perempuan ini kadangkala banyak benda yang boleh memeningkan si lelaki. Salah satu contoh adalah soalan yang tidak logik dan menghairankan.
Seperti video di TikTok ini apabila seorang isteri bertanyakan soalan kepada suaminya sehingga dia tergelak mendengarnya.
Menerusi video tersebut, kelihatan pasangan berkenaan sedang berada di dalam kereta untuk menuju ke sebuah lokasi.
Namun, si isteri kemudian tiba-tiba bertanyakan soalan kepada suaminya mengapa dia jarang memarahinya.
"Kenapa abang jarang marah baby?", tanya wanita itu.
Si suami kemudian tergelak mendengar soalannya itu dan menjawab kerana dia tidak suka memarahinya. Malah, dia memberitahu jika dia memarahi isterinya itu takut semakin berlarutan dan akan jadi lain pula.
Image via TikTok
"Lelaki tak marah sebab dia tak suka gaduh dengan orang yang dia sayang sangat-sangat" – Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 302.5K views, 16.6K likes dan 371 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via TikTok
Image via TikTok
Image via TikTok
Image via TikTok