SEISMIK

Suami Ludah Dalam Minuman Isteri Selepas Bertengkar, Ada Yang Dakwa Permulaan Sihir?

Sanggup ya buat macam tu dekat isteri sendiri.

Cover ImageCover image via community & Fikir atlasi

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sudah pasti dalam kehidupan rumah tangga ramai yang mahu kehidupan yang aman dan bahagia

Namun, sebagai pasangan, kita tidak tahu apa yang suami atau isteri lakukan suatu perkara di belakang atau tanpa pengetahuan kita.

Baru-baru ini, tular sebuah posting di platform X,  seorang wanita meluahkan rasa kesal apabila suaminya bertindak meludah ke dalam air yang disediakan setiap kali selepas mereka bergaduh.

"Saya dengan suami saya dah setahun kahwin dan sepanjang kahwin ni memang lah ada bergaduh tapi tak pernah tinggi suara. Perangai dia, dia akan buatkan minuman untuk kami berdua lepas bergaduh.

"Rupanya selama ini dia ludah dalam air saya. Saya nampak semalam, dia kata 'padan muka' saya. Saya tak tahu macam mana nak respon. Saya faham ludah je pun tapi geli," tulisnya.

Gambar sekadar hiasan

Image via detikhikmah

Perbuatan tersebut menjejaskan kesihatannya

Dalam masa yang sama, dia juga mendakwa tindakan suaminya itu telah menjejaskan kesihatannya.

"Saya tak tahulah kalau dia ada buat benda yang lagi teruk. Saya ada tanya dia tapi dia diam je. Patutlah kadang-kadang lepas bertengkar saya cirit-birit," tulisnya lagi.

Ada yang berpendapat bahawa perkara tersebut kepada permulaan sihir

"Permulaan sihir nak bagi isteri sayang dan dengar kata suami.

"Saya nak awak beringat, ini baru bergaduh biasa. Saya takut kalau bergaduh luar biasa jadi sihir. Selalu benda-benda kotor ni berkait dengan sihir.

"Saya rasa suami awak tak normal, macam psiko. Jangan sampai tahap dia letak racun atau sihir sebab benda yang dia buat tu jijik gila. Tergamaknya dia nak balas dendam, awak tu isteri tau," tulis netizen di ruangan komen

"Permulaan sihir nak bagi bini sayang dan dengar kata suami." – Netizen

Susulan tularnya video itu, kini ia telah meraih sehingga 1.2M tontonan, 6.5K tanda suka dan 171 komen di platform X.

Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap video berkenaan.

Berikut merupakan antara komen daripada netizen di platform X:

Image via @pelisahh (X)

Image via @pelisahh (X)

Lihat posting itu di bawah:

Benda boleh bincang elok-elok tapi cara kotor juga yang nak digunakan :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: