Struggle Untuk Tidur Malam? Cuba 5 Amalan Ini Supaya Anda Boleh Tidur Lena!
Memang ada yang cakap berkesan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tidur yang cukup sememangnya membantu untuk anda bangun dengan segar pada keesokan harinya
Tidur juga merupakan satu rutin yang penting untuk kekalkan badan dan minda yang sihat. Namum, sesetengah orang mengalami masalah sukar untuk tidur pada waktu malam dan perkara tersebut akan menganggu rutin harian seseorang itu.
Nak tau cara untuk dapatkan tidur yang lena? Jom!
1. Elakkan minum apa-apa yang mengandungi kafein selepas jam 1 petang
Image via Beautiful Nara
Ia akan membuatkan anda sukar untuk tidur. Sesetengah orang akan mengalami jantung berdegup dengan kencang setelah minum minuman berkafein seperti kopi, teh, energy drink dan banyak lagi.
2. No screen time satu jam sebelum tidur
Image via Timing app
Cahaya daripada skrin laptop atau telefon akan membuatkan anda rasa tidak mengantuk pada waktu malam. Oleh sebab itu, tetapkan masa dan hidupkan suasana yang suram dan gelap supaya lebih mudah untuk tidur.
3. Baca buku sebelum tidur
Image via Pinterest
Cuba amalkan membaca buku 30 minit sebelum tidur. Anda disarankan untuk membuat apa-apa saja aktiviti yang memerlukan fokus. Perkara itu akan membuatkan anda mengantuk dan lebih penat.
4. Sembur wangian yang membantu untuk tidur
Image via Neom organic
Pelbagai bentuk wangian yang boleh membuatkan anda tidur lena. Sebagai contoh, essential oils, scented candle, reed diffuser dan banyak lagi. Sembur atau hidupkan diffuser anda selama 30 minit supaya mudah untuk lena.
5. Pasang zikir atau surah Al-Quran
Image via Tanwir
Zikir dan surah-surah Al-Quran akan membuatkan kita lebih tenang dan selesa untuk tidur. Anda boleh cuba buat playlist dalam telefon anda dan pasangkan sejam sebelum tidur.
Cuba amalkan habits tu setiap kali nak tidur.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik