Solat & Puasa Tapi Masih Buat Dosa? Ini Amalan Doa Untuk Tinggalkan Perbuatan Maksiat Anda
Semoga Tuhan ampunkan segala dosa-dosa kita. Amin ya rabbal alamin.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sebagai hamba Allah SWT, kita semestinya tidak lari daripada melakukan dosa dan maksiat
Mungkin sesetengah daripada kita tahu akan maksiat yang kita lakukan itu sebenarnya lebih banyak merugikan tetapi apakan daya kadangkala nafsu menguasai diri dan kita berasa sukar untuk berhenti melakukan dosa yang sama.
Image via null
Dosa itu membuatkan hati gelisah
Di dalam satu hadis, Nabi SAW bersabda:
الْبِرُّ حُسْنُ الْخُلُقِ وَالإِثْمُ مَا حَاكَ فِى صَدْرِكَ وَكَرِهْتَ أَنْ يَطَّلِعَ عَلَيْهِ النَّاسُ
Maksudnya: "Kebaikan adalah dengan berakhlak yang mulia. Sedangkan dosa adalah sesuatu yang menggelisahkan hatimu. (Ketika dosa tersebut dilakukan), tentu engkau tidak suka hal itu nampak di tengah-tengah manusia." Riwayat Muslim (2553)
Sekiranya kita sering melakukan dosa tetapi hati sering berasa gelisah dan bersalah di atas perbuatan tersebut, sedarlah masih ada ruang dan peluang untuk kita berubah
Tidak semua orang akan berasa bersalah selepas melakukan dosa. Tetapi jika anda masih mempunyai perasaan itu, maka lekaslah kita meminta keampunan kepada Allah SWT kerana DIA Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Terdapat satu doa yang boleh kita amalkan untuk kita meninggalkan perbuatan dosa dan maksiat yang sering kita lakukan. Lihat petikan perkongsian PU Amin di bawah:
Image via authentica-dua.com
Image via null
Semoga kita semua diampunkan dosa dalam bulan Rejab ini dan hidup lebih tenang. Insya-Allah 🙂
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik