Sering Dipanggil Negara Konoha, Rupa-Rupanya Indonesia Dikaitkan Dengan Animasi Naruto
Betul ke ni?
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Indonesia merupakan negara kepulauan yang mempunyai pelbagai suku, adat resam, agama dan kekayaan
Namun, ada satu lagi yang menarik tentang Indonesia iaitu ia sering disebut sebagai negara Konoha. Konoha sendiri adalah nama sebuah kampung fiksyen dalam siri animasi Jepun iaitu Naruto Shippuden.
Sebelum ini, ada juga yang pernah menjelaskan mengapa ia digelar sebagai Konoha. Namun, baru-baru ini tular apabila seorang pemuda dari Malaysia menjelaskan mengapa.
Image via Medium
Pemimpin Indonesia dikaitkan dengan Hokage
Menerusi video tersebut, pemuda berkenaan menjelaskan Indonesia banyak persamaan dengan negara Konoha antaranya dengan kepelbagaian masyarakat.
Selain itu, negara Indonesia ini mempunyai tujuh orang pemimpin negeri sejak merdeka sehingga kini, sebab itulah Indonesia dan Kampung Konoha sering dibandingkan.
Di bawah adalah persamaan antara pemimpin Indonesia dan Hokage di Kampung Konoha:
1. Hokage Pertama Hashirama Senju dan Presiden Pertama Soekarno
Hashirama merupakan tokoh yang menamatkan peperangan antara Clan dan akhirnya menyatukan Clan yang berperang di satu kampung iaitu Konoha.
Dengan Soekarno, mereka berdua sangat mirip, iaitu bapa pengasas kita adalah pemimpin pertama, dan kedua-duanya adalah tokoh pendiri.
Image via @razdanielrazif (TikTok)
2. Hokage ke-2 Tobirama Senju dan Presiden ke-2 Soeharto
Tobirama dan Soeharto, sebelum masa kepemimpinannya, ialah orang yang membantu hokage dan presiden pertama untuk memimpin negara. Keduanya memiliki kemiripan sifat yang tegas.
Image via @razdanielrazif (TikTok)
3. Hokage ke-3 Sarutobi dan Presiden ke-3 BJ Habibie
Melihat kehidupan sebenar Rudy Habibie yang genius yang bertubuh kecil dan segak, serupa dengan Sarutobi.
Image via @razdanielrazif (TikTok)
4. Hokage ke-4 Minato Namikaze dan Presiden ke-4 Abdurahman Wahid
Mereka berdua dianggap mempunyai persamaan dengan melepaskan jawatan masing-masing demi menjaga keamanan negara.
Image via @razdanielrazif (TikTok)
5. Hokage ke-5 Tsunade dan Presiden ke-5 Ibu Megawati
Tsunade dan Megawati adalah keturunan langsung pemimpin atau pengasas pertama negara. Mereka mempunyai persamaan di kalangan wanita.
Image via @razdanielrazif (TikTok)
6. Hokage ke-6 Kakashi Hatake dan Presiden ke-6 Susilo Bambang Yudoyono
Kedua-duanya adalah pemimpin keenam yang mempunyai persamaan paling ketara kerana mereka berasal daripada persekitaran tentera.
Image via @razdanielrazif (TikTok)
7. Hokage ke-7 Naruto Uzumaki dan Presiden ke-7 Joko Widodo
Naruto Uzumaki dan Joko Widodo. Ia mempunyai persamaan iaitu jika Naruto mempunyai impian untuk menjadi Hokage, ia dianggap angan-angan semata-mata bagi ramai orang dan mahu mewujudkan keamanan di negara lain.
Image via @razdanielrazif (TikTok)
Lihat penuh penerangan di bawah:
Patutlah selalu dipanggil Konoha, ini sebabnya ya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik