"Right Person, Wrong Parents" – Wanita Sedih Dengan Kata-Kata Yang Dilempar Ibu Kekasih
Siapa je tak terkejut kalau kena macam ni.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Siapa saja tak mahu hubungan percintaan sampai ke alam perkahwinan bukan?
Tambahan lagi, setelah sekian lama berkenalan. Mungkin sudah tiba masanya untuk anda dan pasangan ke fasa seterusnya.
Namun, perlu tahu kita bukan saja berkahwin dengan pasangan kita, malah 'berkahwin' juga dengan seluruh ahli keluarganya. Terutama sekali ibu dan ayahnya, kita perlu hormati dan sayangi sama seperti ibu dan ayah kita. Restu mereka sangat penting.
Baru-baru ini, tular di TikTok apabila seorang wanita terpaksa akur dengan perhubungannya bersama kekasih disebabkan si ibu.
Image via @sofiaaary_official (TikTok)
Ibu kekasih dedah kenapa tak suka dirinya
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita berkongsi pengalaman pahitnya apabila terpaksa akur dengan hubungan percintaannya.
Pada ketika itu dia sedang berada di dalam kereta bersama ibu kekasihnya. Awalnya dia mahu membuat konten bersama ibunya itu namun, ibu kekasihnya itu mula 'naik angin' dan memberitahu dia tidak suka dengan konten yang dilakukan.
"Mak cik tengok kamu ni tak habis-habis dengan konten, expose sana expose sini kenapa ea? Kata ada background sekolah agama.
"Alif tu anak tunggal mak cik tau, anak tunggal mak cik anak harapan mak cik dan mak cik tak suka pasangan dia atau wife to be dia yang jenis bersosial media. Mak cik tak suka kamu, lepastu tak tahu buat kerja apa," katanya.
Situasi itu membuatkan wanita berkenaan terdiam dan terus mengambil telefonnya dan dilihat mula sebak dengan kata-kata yang dilemparkan terhadapnya.
"Ingat dalam drama je ada macam ni hm" – Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka. Ada juga yang mendakwa ia seperti konten semata-mata. Namun, sehingga kini masih tiada kesashihan mengenai hal itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 112.1K views, 8,305 likes dan 342 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @sofiaaary_official (TikTok)
Image via @sofiaaary_official (TikTok)
Image via @sofiaaary_official (TikTok)
Image via @sofiaaary_official (TikTok)
Lihat video itu di bawah:
Kalau betul lah, kesiannya dia. Mesti dia rasa tengah down sangat 🙁
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik