Rekod Nasi Kandar Sulaiman Dipecahkan Lagi, Kali Ini Mencecah RM222 Sepinggan. Biar Betul?
Apa lah yang dia makan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bila sebut mengenai Nasi Kandar Sulaiman pasti peminat nasi kandar cukup kenal dengan restoran ini. Ia berjaya menjadi fenomena sehingga ramai yang sanggup beratur panjang
Restoran yang turut aktif di media sosial ini turut menunjukkan rekod pembelian terbesar nasi kandar untuk seorang makan.
Jika pada bulan lalu, seorang individu telah memecah rekod dengan menjamah nasi kandar mencecah RM218, pada hari ini rekod ini sekali lagi dipecahkan dengan pembelian nasi kandar mencecah RM222.
Individu yang merupakan seorang TikTokers ini memilih untuk menjamah hidangan di restoran berkenaan sebagai bukti beliau dapat menghabiskannya.
Image via Nasi Kandar Sulaiman (Facebook)
Berjaya habiskan makanan tersebut dalam tempoh 55 minit
Sebagai rekod, ini jenis dan jumlah lauk yang dijamah beliau beserta harga yang dikongsikan restoran ini.
- Sotong: RM7.50 x 16
- Udang: RM7.50 x 10
- Ayam: RM5.50 x 2
- Telur sotong: RM7.00
- Bendi: RM1.00
- Nasi: RM1.50
- Kambing: RM7.00
Meskipun dilihat agak mustahil untuk dihabiskan, namun lelaki ini berjaya menghabiskannya dalam tempoh 55 minit sahaja.
Lihat posting penuh itu di bawah:
Kalau macam ni min pun tak mampu 😀
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik