Pernah Dianiaya Di Malaysia, Layanan Warga Pakistan Kepada Orang Malaysia Ini Tetap Mesra
Orang Pakistan baik-baik belaka.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tidak dinafikan banyak warga asing yang bekerja di tanah air kita
Ramai pekerja yang berasal dari Pakistan ataupun Bangladesh. Mereka kebanyakannya bekerja sebagai pelayan restoran ataupun penjual kain.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang lelaki yang berada di Pakistan menceritakan pengalamannya bekerja di Malaysia.
Dia pernah dipukul semasa bekerja sebagai penjual kain di kawasan bedekatan Sogo, Kuala Lumpur. Pengalamannya sangat pahit kerana macam-macam rintangan yang perlu dihadapi. Dia juga pernah ditumbuk giginya.
Mengenangkan kisah silamnya, dia amat bersyukur kerana dapat kembali ke Pakistan untuk meniaga. Kini, dia gembira kerana dapat menjalankan perniagaan sendiri. Lelaki yang digelar Usman itu juga menawarkan bungkusan epal dan tempat tinggal kepada warga Malaysia yang melancong di situ.
Image via @ahmad.bin.isa (TikTok)
"Cara dia cerita siap bagi bekal ni nampak sangat dia memang ikhlas cari rezeki, alhamdulillah dia balik berbakti dengan orang dia. Kesian sampai kena tumbuk" – Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1M tontonan, 51K tanda suka dan 3K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut merupakan komen netzien di TikTok:
Image via @ahmad.bin.isa (TikTok)
Image via @ahmad.bin.isa (TikTok)
Image via @ahmad.bin.isa (TikTok)
Lihat video penuh itu di bawah:
Semoga rezeki abang melimpah ruah ye!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik