Pensyarah Malaysia Sanggup Tukar Kerja Jadi Cleaner Di Singapura Untuk Dapatkan Gaji RM10K
Gaji di negara itu tiga kali ganda.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, tular seorang pensyarah Malaysia yang meninggalkan pekerjaannya dan sanggup menukar ke bidang kerja lain iaitu sebagai cleaner
Pensyarah itu membuat keputusan untuk menjadi cleaner di Singapura disebabkan kos sara hidup yang meningkat yang dialaminya di Malaysia
Di Singapura, pekerjaannya sebagai cleaner menawarkan gaji sebanyak $3,100 (kira-kira RM10,815) yang jauh lebih tinggi daripada pendapatannya sebelum ini.
"Alhamdulillah, saya dapat kerja jadi cleaner, basic salary kira-kira $3,100. Boleh cuba convert sendiri." katanya.
Image via Berita Harian
"Ini merupakan jalan shortcut yang ada" – katanya
"Betul orang kata kerja di Singapura boleh ubah nasib. Saya sebelum ini mengajar di IPTS selama lima tahun. Gaji akhir saya dekat IPTS hanya sebanyak RM1,900" katanya.
Dia juga berkata gaji pertamanya boleh membayar banyak perbelanjaan. Sesiapa yang ada hutang banyak, ini merupakan jalan pintas.
"Sekiranya ramai yang kata kesesakan trafik di Singapura sangat teruk, percayalah apabila sudah bekerja di sana anda pasti boleh hadapinya kerana apa yang anda dapat sangat berbaloi" katanya.
Image via AsiaOne
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik