"Penantian Yang Sia-Sia" – Teman Lelaki Terus Berubah Hati Selepas Masuk Rekrut Polis
Siapa je tak sedih kalau macam ni.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dalam sesebuah perhubungan, kesetiaan dan kejujuran itu sangat penting
Tanpa kejujuran, rosaklah hubungan tersebut dan mulalah timbul rasa tidak percaya pada pasangan anda.
Apatah lagi jika sudah lama berkenalan, pasti kecewa selepas mendapat tahu pasangan itu sebenarnya menipu kita betul tak?
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang gadis berkongsi kisah mengenai dia dan teman lelakinya.
Image via @_yueshh (TikTok)
Hati berubah selepas masuk latihan polis
Menerusi video tersebut, gadis berkenaan berkongsi kisah sedih itu. Pada awalnya, dia telah menemani lelaki itu daripada dia tidak mempunyai apa-apa.
Malah, lelaki itu sudah lama mengimpikan untuk memasuki rekrut anggota polis dan meminta agar gadis berkenaan mendoakannya.
Namun, hatinya mula berubah semenjak memasuki latihan tersebut. Apabila gadis itu bertanya, lelaki itu jujur dan memberitahu bahawa sebenarnya dia telah mempunyai orang lain.
"Sebab inilah aku tak kasi dia masuk askar mahu pun polis" – Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan ada juga berkongsi pengalaman sama mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 620.2K views, 35.2K likes dan 2,389 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @_yueshh (TikTok)
Image via @_yueshh (TikTok)
Image via @_yueshh (TikTok)
Lihat video itu di bawah:
Begitulah hati manusia ini boleh berubah-ubah. Harap sis kuat 🙂
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik