SEISMIK

Pelanggan Kecewa Personal Shopper Sapu Habis Cromboloni – "Penat Beratur 6 Jam Tak Dapat"

Sia-sia saja beratur lama, buang masa.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.



Cromboloni merupakan antara salah satu pastri viral yang menjadi kegilaan ramai sejak kebelakangan ini

Ramai yang berpusu-pusu pergi ke kedai atau kafe untuk membeli pastri berkenaan. Oleh sebab itu, tak dinafikan memang ramai yang sanggup beratur walaupun ia makan masa selama dua hingga tiga jam. 

Namun, baru-baru ini tular sebuah video di laman X yang memaparkan netizen berang dan kecewa kerana tidak dapat membeli Cromboloni viral setelah beratur berjam-jam ini telah mencuri tumpuan. 

Menerusi video tersebut, dapat dilihat yang ramai beratur di depan sebuah kedai pastri popular sempena 'Cromboloni Day'. Ada yang beratur daripada pukul 8.40 pagi hingga 2.40 petang namun masih tidak dapat membeli Cromboloni. 

Penantian selama enam jam itu sia-sia saja disebabkan Personal Shopper yang datang awal dapat membeli Cromboloni dengan kuantiti yang banyak. Disebabkan tiada had kuantiti pembelian kepada Personal Shopper, pelanggan yang beratur lama bengang kerana mereka hanya boleh beli dua pieces saja. 

"Aku pun teringin nak rasa juga, tapi bila tengok beratur smpai nak gini and siap ada PS, aku rasa biar lah dah setahun dua reda sikit baru nak rasa. Nampak que panjang memang aku auto balik" – Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1M views, 4K reposts dan 3K likes di laman X, netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.

Berikut merupakan komen netizen di X:

Lihat video penuh itu di bawah:

Kalau korang sanggup tak nak beratur lama-lama untuk makanan?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: