Parents Tak Puas Hati Sistem Penilaian Anak Di Sekolah – "Perform Tapi Tak Dapat Award"
Tak pasti cikgu nilai daripada segi apa.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Umum sedia maklum, murid-murid di sekolah ketika ini tidak perlu menjalani peperiksaan untuk dinilai seperti zaman dahulu
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan sistem penilaian yang berlainan untuk murid-murid sekolah sekarang. Namun, sehingga kini ramai ibu bapa yang keliru dengan sistem tersebut. Ramai juga yang menyoal bagaimana penilaian itu dilaksanakan.
Sama seperti seorang lelaki yang meluahkan perasaannya tentang penilaian anaknya di sekolah melalui posting Facebook.
Pada awalnya, lelaki tersebut berasa lega kerana tiada penilaian untuk murid di sekolah. Pada pendapatnya, anak-anak mungkin boleh belajar sambil bermain tanpa beban. Namun, ada juga penilaian pentaksiran yang membolehkan cikgu menilai anak murid berdasarkan tahap pengetahuan sesebuah subjek itu.
Markah diberikan mengikut TP3 hingga TP6. Semakin tinggi, semakin cemerlang. Lelaki tersebut pelik kerana markah anaknya cemerlang dan bukan semua subjek akan meraih TP6.
Image via Kio Khairul (FB)
Selepas berbincang dengan guru, rupa-rupanya penilaian bukan berdasarkan subjek sahaja
Lelaki tersebut pelik kerana markah anaknya cemerlang, namun anaknya tidak terpilih untuk mendapatkan anugerah. Malah, ada anak murid yang tidak begitu cemerlang dapat meraih anugerah di sekolah.
"Bila tengok keputusan TP Sarah. Alhamdulillah..TP5 dan TP6.. tapi no point.. sebab cikgu cakap yang dapat award tu ada ja TP4, tapi sebab dia banyak cakap. Dia berani bersuara. Ada yang sorang tu TP biasa, tapi sebab dia ada wakil rumah sukan walaupun tak menang, tapi dia mewakili. So dia layak juga dapat award"
"Jadi kalau anak kau sejenis introvert tapi excellent akademik mcm Si Sarah ni, cukup susah nak bersuara, asyik sedekah alat tulis kat budak-budak kelas dia secara senyap-senyap (tiap-tiap bulan asyik kena restock ja) , siap bagi kawan pinjam buku aktiviti sebab buku kawan hilang, end up buku dia pulak kawan lupa nak return balik, etc.. as long cikgu tak nampak semua tu.. tak ada lah markah atau point diberikan. Senang cerita apa-apa nak buat kena show off.." tulisnya.
Image via Kio Khairul (FB)
Lihat posting itu di bawah:
Apa pendapat ibu ayah sekalian?
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik