SEISMIK

Olive Jardin, UniSZA Jalin Kerjasama Buat Kajian Terhadap Minyak Zaitun Zoutina Prestige

Olive Jardin kini memiliki ladang buah zaitun sendiri di ­Meknes, Maghribi yang menjadi lokasi kilang pemprosesan.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Olive Jardin Marketing bekerjasama dengan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) untuk menjalankan kajian klinikal pertama di Malaysia terhadap minyak zaitun dara tuaian muda bertujuan membuktikan manfaat kepada kesihatan secara saintifik

Menurut Pengarah Urusan ­Olive Jardin Marketing (Olive Jardin), Muhd. Shakir As-Salam Ya, kajian tersebut diperlukan masa kini ekoran pasaran tempatan dan antarabangsa kini berdepan isu ketulenan apabila terdapat sesetengah pengusaha dipercayai bertindak memalsukan maklumat yang terkandung dalam produk mereka.

Jelasnya, hal itu terjadi ekoran kurang pendedahan serta maklumat berkenaan ciri-ciri khas minyak zaitun dara yang sebenarnya boleh dikesan melalui aroma dan rasa.

"(Pasaran minyak zaitun di Malaysia yang boleh dipercayai) tidak sampai 10 peratus. Ini ke­rana minyak zaitun yang di­kategorikan sebagai extra virgin perlu ada dua pengesahan daripada makmal yang diiktiraf International Olive Council (IOC).

"Nilai free acidity yang rendah dan ukuran median kesegaran buah yang tinggi merupakan ukuran utama dari segi kualiti yang telah ditetapkan oleh IOC," katanya selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara dua pihak tersebut di Putrajaya baru-baru ini.

Muhd. Shakir (kiri) dan Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Dr. Fadzli Adam pada majlis jalinan kerjasama antara Olive Jardin dan UnisZA di Putrajaya baru-baru ini.

Image via Zouitina Malaysia HQ (Facebook)

Produk utama yang dihasilkan ketika adalah Zoutina Prestige, hasil perahan buah zaitun muda yang belum matang

Ujarnya, kotak pembungkusan serta botol produk itu turut memaparkan sijil analisis makmal bagi memudahkan pengguna untuk mendapatkan kepastian mengenai status extra virgin.

"Paling mudah untuk tahu, semua minyak zaitun (di pasaran) adalah palsu kecuali ia dibuktikan dengan sijil tersebut yang dicetak di setiap kotak.

"Ada sesetengah orang di negara ini tidak tahu bau zaitun itu macam mana kerana kita tiada ladang dan kilang memproses minyak zaitun.

"Paling hampir saya boleh katakan baunya seperti bau jambu batu atau daun inai yang ditumbuk, maka itulah minyak zaitun dara yang asli.

"Minyak yang tulen mempunyai aroma dan rasa segar semula jadi, sedikit pahit dan sedikit pedas ketika cuba menelannya," katanya.

Sementara itu, Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Dr. Fadzli Adam berkata, kajian klinikal dijadualkan mengambil masa selama sembilan bulan sejak 1 Januari lalu bagi membuktikan keberkesanan minyak zaitun tuaian muda terhadap penyakit metabolik.

"Hanya melalui kajian penyelidikan saintifik dapat membuktikan khasiatnya secara lebih spesifik.

"Hasil kajian ini boleh dijadikan rujukan jelas dan berasas selain memberi peluang mengeksplorasi potensi terapi baharu, pemakanan lebih baik dan strategi pencegahan penyakit," katanya.

Sebagai rekod, Olive Jardin kini memiliki ladang buah zaitun sendiri di ­Meknes, Maghribi yang menjadi lokasi kilang pemprosesan. Produk yang siap dibotolkan kemudiannya dibawa terus ke Malaysia.

Difahamkan, tahun lepas sahaja pihak Olive Jardin bawa sebanyak empat kontena membabitkan kira-kira 100,000 botol dan tahun ini kilang tersebut hanya berjaya menghasilkan 200,000 botol.

Prestige Travel Kits ini didatangkan dalam kotak bersaiz tapak tangan dan mengandungi 20ml setiap botol.

Image via Zouitina Malaysia HQ (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: