SEISMIK

Nasihat Wanita Ini Pasal Kerjaya Buat Ramai Kagum – "Takda Ilmu, Duit Banyak Pun Habis"

Padu jawapan akak!

Cover ImageCover image via @wrtrader_oe (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Zaman sekarang memang susah untuk mendapatkan pekerjaan yang kita inginkan

Tambahan lagi, buat para graduan baru. Sudah tentu ini amat sukar bagi mereka kerana banyak persaingan di luar sana. Belum lagi dengan orang yang ada berpengalaman.

Namun, jika ada rezeki pasti kita akan dapat juga. Sehingga ada yang melakukan pekerjaan di luar bidang mereka untuk terus hidup walaupun berbeza dengan apa yang dipelajari di universiti.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan nasihat seorang wanita kepada semua yang mencari kerja.

Nasihat cari pengalaman terlebih dahulu

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki ketika itu sedang menemu bual seorang wanita mengenai apakah pendapatnya tentang ilmu dan kerjaya.

Dia juga bertanyakan apakah pendapat wanita itu mengenai kerja di luar bidang pengajian semasa di universiti.

Wanita itu menjawab ia adalah perkara yang normal, dan berpendapat tiada masalah jika seseorang itu tidak bekerja dengan bidang yang dipelajarinya.

"Nasiblah kalau kita dapat rezeki kerja dalam bidang yang kita belajar tu, rezeki kat situ. Nak buat macam mana? Mungkin itu yang terbaik untuk kita? Tuhan je tahu kita punya kebolehan.

"Tak semestinya apa yang kita study tu kena apply exactly dalam kerja tu kan? Kadang pengalaman tu yang penting.

"Sebenarnya kalau tak ada ilmu, duit banyak manapun habis serius cakap," katanya.

"Suka dengar orang educated bercakap" – Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut kagum mendengar nasihat wanita itu dan memberikan pelbagai reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 168.2K views, 14.6K likes dan 120 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Lihat video itu di bawah:

Pengalaman itu sebenarnya lebih mahal daripada duit 😉

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: