MyGameOn Rangkul Anugerah 'Esports Media Of The Year' Di Malaysia Esports Awards 2023
Tahniah MyGameOn!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Satu sejarah baharu tercipta untuk MyGameOn (MGO) baru-baru ini, apabila mereka berjaya merangkul anugerah 'Esports Media of the Year' di Malaysia Esports Awards 2023
Majlis tersebut diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 27 Januari lalu bagi menghargai sumbangan luar biasa pemain profesional dan pemain industri dalam ekosistem e-sukan di Malaysia.
MGO menghadapi saingan sengit dari calon-calon hebat, termasuk WTM Today, Arked MY, Gamers Gazette MY, dan Esportsmy.
Kategori Esports Media of the Year ini mengiktiraf entiti media yang telah menunjukkan kecemerlangan, inovasi, dan impak signifikan dalam landskap esports yang sangat kompetitif.
Image via REV Media Group
MGO menonjol di antara pesaing lain dengan menunjukkan komitmen kepada kandungan berkualiti, keterlibatan dalam komuniti, dan keunggulan menyeluruh dalam media e-sukan
Sebagai rekod, Malaysia Esports Awards 2023 yang dianjurkan oleh Alive Asia Events dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Persekutuan E-Sukan Malaysia (MESF), dan EsportsIntegrated (ESI) ini menyatukan panel 22 hakim terkemuka, termasuk tokoh-tokoh terkenal dalam komuniti e-sukan seperti MasterRamen, Farouq (Flava), dan Abang Lord.
Pemungutan undi untuk kategori anugerah diadakan sebelum acara, dengan pemenang akhir ditentukan oleh panel hakim untuk memastikan proses pemilihan yang adil dan telus.
"Alhamdulillah, bermula sebagai wartawan e-sukan, saya tidak pernah terfikir saya akan melangkah sejauh ini. Terima kasih kepada semua dalam e-sukan yang mempercayai platform dan kemampuan kami. Mari kita terus menaikkan e-sukan ke tahap lebih tinggi," kata Hazril Md Nor, wartawan e-sukan dan pakar kandungan senior di MGO.
"Kami sangat gembira dan teruja menerima Anugerah Esports Media of the Year di Malaysia Esports Awards. Pengiktirafan ini adalah bukti komitmen kami untuk menyampaikan kandungan terbaik dan memajukan pertumbuhan e-sukan di Malaysia," kata Samuel Wee, Ketua Pegawai Eksekutif di REV Media Group.
Image via MyGameOn
Sebanyak 16 kategori dipertandingkan di Malaysia Esports Awards 2023
Dalam pada itu, Malaysia Esports Awards tidak hanya menonjolkan pencapaian organisasi media yang luar biasa tetapi juga meraikan kecemerlangan dalam 16 kategori, termasuk Akademi Terbaik, Pemain E-Sukan Terbaik (Lelaki) dan (Wanita), dan Organisasi Terbaik Tahun Ini.
Antara pemenang-pemenang terkemuka lain termasuk Cheng "NothingToSay" Jin Xiang, yang memenangi tiga anugerah: Pemain E-Sukan Terbaik Tahun Ini (Lelaki), Pemain Paling Bernilai (MVP) Tahun Ini, dan Pemain MOBA Terbaik Tahun Ini. Sementara itu, Natasha "Tashbunny" Hashim menerima Anugerah Hos E-Sukan Terbaik Tahun Ini.
Ikuti MGO di Instagram, TikTok, dan Facebook untuk kemas kini terkini, dan layari https://www.mygameon.my/ untuk dapatkan berita e-sukan terkini, acara menarik, ulasan teknologi, dan banyak lagi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik