SEISMIK

"Mereka Makin Melampau" – Individu Terkejut Lihat Warga Rohingya Nak Pecah Masuk Rumah

Tak boleh dibiarkan macam ni.

Cover ImageCover image via @onigirisara (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Di Malaysia, ramai warga asing kita boleh berada di negara kita sekarang untuk tujuan bekerja dan sebagainya

Kedatangan mereka ini sedikit sebanyak telah membantu negara seperti pekerja buruh. Namun, jangan sampai mereka ini pula 'memijak' kepala kita.

Banyak juga kes kita boleh lihat warga asing yang bertindak agresif pada masyarakat kita sehingga membuatkan kita sendiri terkejut.

Baru-baru ini, tular sebuah video apabila seorang individu berkongsi situasi rumahnya hampir saja dimasuki orang Rohingya.

Datang tepat waktu masa mereka nak cuba ceroboh

Menerusi video tersebut, individu berkenaan berkongsi sewaktu itu dia dan keluarganya baru saja pulang daripada sebuah kedai.

Ketika mereka sudah sampai di depan rumah, kelihatan ada dua orang Rohingya dengan membawa seorang kanak-kanak kecil di bakul motosikal dan berhenti di depan rumah mereka.

Lebih mengejutkan, wanita Rohingya tersebut kelihatan sedang cuba membuka pintu pagar rumah mereka sambil si lelaki tunggu di atas motor.

"Kami menegur mereka kenapa cuba masuk rumah kami tapi mereka hanya senyum senyum dan berlalu pergi setelah tertangkap, dan mengatakan mereka salah rumah.

"Kalau betul salah rumah, kenapa nak kena buka pintu pagar rumah kami dan tidak memberi salam dulu? Hati-hati guys, dorang ni makin melampau boleh suka hati masuk rumah orang, nak buat apa pun tak tahu," tulis individu itu.

"Risau, dah buat salah boleh sengih-sengih pula, muka macam tak bersalah" – Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut mengecam tindakan warga Rohingya itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 365.3K views, 3.4K repost dan 2.7K likes di laman X.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di laman X:

Lihat video itu di bawah:

Memang kena ambil tindakan undang-undang macam ini!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: