'Melantak' Nasi Kandar Sampai RM218, Lelaki Ini Pecah Rekod Makan Untuk Seorang
Lapar sangat tu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Nasi kandar adalah satu hidangan utara Malaysia yang popular, dan berasal dari Pulau Pinang dimashyurkan oleh peniaga dalam kalangan India Muslim
Tak lengkap rasanya jika kita singgah ke Pulau Pinang tanpa mencuba nasi kandar di sana. Banyak restoran nasi kandar kita boleh lihat kini tidak hanya di Pulau Pinang.
Nasi kandar yang lengkap mempunyai nasi, ayam goreng, sayur dan kuah campur. Namun, jika anda ingin sedikit kelainan bolehlah mencuba untuk mengambil ikan dan sotong. Tetapi, seperti yang kita tahu sotong ini harga sedikit mahal berbanding ayam.
Baru-baru ini, tular apabila seorang lelaki menghabiskan RM218 untuk makan nasi kandar seorang diri.
Makan seorang nasi kandar dengan harga lebih RM200
Menerusi perkongsian tersebut, lelaki berkenaan dilihat mengambil pelbagai jenis lauk nasi kandar pada pinggannya sehingga berharga RM218.
Paling banyak diambil adalah lauk sotong sehingga penuh dua pinggan. Malah, difahamkan dia hanya makan kesemua lauk itu seorang diri membuatkan peniaga kedai turut tidak menyangka.
Malah, lelaki berkenaan berjaya menghabiskan kesemua makanannya dalam masa satu jam tujuh minit saja.
Lihat perkongsian itu di bawah:
"Dia Memang Champion Of The Nasi Kandar" – Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihatnya.
Ketika artikel ini ditulis, perkongsian berkenaan telah meraih 6K likes, 1.4K shares dan 1.5K comments di Facebook.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Facebook:
Image via Nasi Kandar Sulaiman (Facebook)
Image via Nasi Kandar Sulaiman (Facebook)
Image via Nasi Kandar Sulaiman (Facebook)
Image via Nasi Kandar Sulaiman (Facebook)
Ini betul-betul lapar ni. Banyak betul ambil! 😀
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik