Malaysia Negara Pertama Sokong Afrika Selatan Dalam Bawa Kes Jenayah Israel Ke ICJ
Malaysia antara 57 negara yang menyokong Afrika Selatan mengutuk Israel kerana melakukan genosid di Gaza.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Afrika Selatan telah membawa kes menentang Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) atas tuduhan melakukan jenayah pembunuhan besar-besaran di Gaza
Menerusi laporan @ajplus, Afrika Selatan meminta mahkamah memerintahkan penggantungan serta-merta serangan daripada Israel memandangkan kedua-dua pihak merupakan penandatangan UN Genocide Convention.
Pemfailan setebal 84 muka surat itu mengutuk pembunuhan beramai-ramai orang awam Palestin, kecederaan fizikal dan mental yang ditimbulkan oleh Israel. Pembawaan kes itu juga mengatakan Israel mengenakan "syarat kehidupan yang dikira membawa kemusnahan fizikal (penduduk Palestin di Gaza)."
Image via New Straits Times
Malaysia merupakan negara pertama yang menyokong kes dibawa Afrika Selatan tersebut
Selain Malaysia, Turkiye, Jordan, Bolivia, Maldives, Namibia dan Pakistan telah secara rasminya menyokong kes menentang Israel terbabit.
Persatuan Kerjasama Islam (OIC) yang melibatkan sebanyak 55 negara meminta mahkamah mengambil langkah segera untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai ini.
Dalam pada itu, Bolivia pula merupakan negara Amerika Selatan pertama menyokong kes berkenaan sebagai langkah yang bersejarah dalam pertahankan rakyat Palestin.
Image via The Nation
Semoga dengan adanya pembawaan kes ini boleh bawa kesedaran pada dunia tentang jenayah Israel terhadap rakyat palestin.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik